Assalamualaikum
Bismilahirrahmanirrahim
Hari ini aku dah balik Kelantan ,dah sebulan aku cuti sem..pejam celik pejam celik dah cukup cuti..MARI BALIK BELAJAR.hahaha, macam BACK TO SCHOOL..:-p
Harapan untuk kali ini boleh lah nak lebih terbaik ,daripada sem2 lepas.Insyaallah.usaha dan berdoa bersungguh2 mesti Allah akan bagi.betul x?
Ok,x nak citer lagi pasal tuh.Sekarang nak cita apa yang berlaku hari ni pasal aku dengan kawan2.Tepat pukul 10.00 a.m dah terpacak kat depan dewan nak daftar tuh..AIIIIKKK!!!numbor 57..Lambatnya engkau datang daftar..kira ok la daripada tak datang..kikiki..Masuk ja sampai ke kaunter tuh kaunter ni..Tiba-tiba aku jadi pening @ serabut bila sampai kat kaunter yang satu nih.Macam nak tumbang pun ada.
"What, x kan kot..seingat saya uolls hutang saya lagi 1K macam mana ada RM200 ja"
" Tapi dalam sistem ada baki RM200 ja"
Then ,kakak ni g la check kat satu kaunter kewangan dan penuh rasa yakin kakak tuh bagi tau
"Yes, memang ada RM200"
"Ok, x pa la"
Aku masih pening dah celaru.Biar lah malas fikir pasal duit.Dunia2.Nak jaga jugak emosi aku time2 macam ni.Mana taknya,aku datang untuk daftar memang tak bawaduit lah sebab seingat aku,diorang ada hutang lagi dengan aku.PELIK BIN AJAIB BIN JIN betul la!!!
Next counter,APA JADI..
"Awak kena bayar lagi RM350 "
"Kalau saya bayar esok boleh tak"
"Awak isi borang nie dan dapat kan cop dan blablabla...Kalau tak awak tak boleh masuk belajar"
Huuuhh!!!aiya...serabut aih..Ok tak pa la...Tiba2 diriku mula busy dengan mama @ abah.Abah telefon nak jumpa nak ajak g pejabat lawyer pasal kes aku accident dulu.
"Wait a minute, on my way"
"Ok"
Sampai pejabat lawyer, sembang punya sembang.Nak fight kes la apa la.
"Ok"
Tiba- tiba ja wakil lawyer aku bagi $$$$$...hahaha...AIKKK!!!
"I tak claim apa2 pun lagi"
"Tak, yang ni ada cik #### bagi"
"Ok"
Waaaahhh..untung aku..boleh bayar duit yuran pendaftaran tadi Alhamdullilah.Amin @Syukur.Terima kasih Ya Allah.Kau selalu ada dalam setiap aku kesusahan mahupun senang.Amin
Dah selesai aku pun @ frenz g balik dewan tadi @ bayar la.semua nya selesai.Dah penat g bank tolong kawan aku , dengan g pejabat lawyer lagi.Apa lagi makan....MAKAN ITU PENTING..hahaha
Kami bertiga makan di Food Court kat Tesco.Aku pekena makan NASI AYAM PENYET.
Last part..BALIK TIDO
Kepenatan dan mama abah kau balik tido kat hotel..hahahaha...
Tapi aku bersyukur sangat2 dalam kesusahan, Allah membantu aku untuk cari jalan keluar.Amin
Always remember Him..
A gift from Allah..:-)
Assalamualaikum
This entry pasal kelebihan yang Allah s.w.t bagi dekat wanita.Bukan kepada lelaki sahaja.Wanita ini bagaikan pertama bukannya kaca. Lagi pun aku tertarik apabila baca kat website "akuislam".Allah s.w.t telah memberi banyak keistimewaan kepada kaum hawa. Bersyukur lah!!!
15 Anugerah yang diberi oleh Allah s.w.t kepada wanita.
This entry pasal kelebihan yang Allah s.w.t bagi dekat wanita.Bukan kepada lelaki sahaja.Wanita ini bagaikan pertama bukannya kaca. Lagi pun aku tertarik apabila baca kat website "akuislam".Allah s.w.t telah memberi banyak keistimewaan kepada kaum hawa. Bersyukur lah!!!
15 Anugerah yang diberi oleh Allah s.w.t kepada wanita.
1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu
Baginda bertanya :Adakah kamu menyembahyangkan mayat?
Jawab mereka, :Tidak
Sabda Baginda :Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
6. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
7. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
8. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
9. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.'
10. Sabda Nabi s.a.w. :"Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

